Wednesday, January 13, 2010

The 5th Horcrux.....

Dengan berbekalkan RM310, aku melangkah keluar rumah bersama Ismat dan kakakku, Hanim menuju ke kereta Myvi merahnya itu.

Dengan penuh keyakinan, kakakku memandu kereta itu menuju ke destinasi, Midvalley Megamall. Kami amat beruntung kerana keluar awal. Parking2 lot yang tersedia di Midvalley tampaknya masih kosong. Syukur Alhamdulillah. Aku dan kakakku rancak berbual di dalam kereta. Ismat hanya membisu, diam seribu bahasa. Oh, rupa2nya tertidur.

Sesampainya kami di Midvalley Megamall, pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara ini, kami terus menuju ke GSC. Ku lihat di papan2 dihadapan. "Sherlock Holmes start lambat sangat ah," getus hati kecilku. Kakakku bertanya, "Nak tengok citer ape nie?". "Old Dogs jela," jawabku pantas. Maka tiket cerita Old Dogs lah yang dibelinya.

Setelah sudah membeli Popcorn dan air, kami melangkah masuk ke pawagam. Ceritanya tidaklah terlalu gempak dan tidak juga terlalu bosan seperti The Imagenarium of Blabla(ape ntah tajuk citer tuh) bak kata Ismat. Sederhana sahaja. Namun, tidak dinafikan cerita itu memang sungguh lawak.

Tamat sudah menoton wayang, aku dan Ismat bergegas menuju ke kereta untuk mengambil barang2nya yang banyak itu. Kami bersama-sama menuju ke stesen KTM Midvalley.

Dipendekkan cerita, kami sampai ke stesen KTM KL Sentral. Destinasi pertama kami, Musolla. Waktu Zohor sudah masuk! Aku berpisah dengan Ismat di kaunter membeli tiket Putra LRT.
Kami terpaksa merelakan perpisahan ini sekali lagi demi kebaikan masing. Ismat menuju ke Puduraya untuk membeli tiket bas menuju ke Baitul Qura', Melaka. Manakala, aku pula terkial-kial mencari stesen monorel KL Sentral. Aku ini bukanlah orang yang kenal sangat jalan2 di KL ni. Disebabkan itu, maka sesatlah ak selama hampir setengah jam mencari stesen tersebut. Setelah lama berjalan tiba2 terdetik di hatiku "Kotor giler KL nieh, cam Klang jer,". Tatkala aku hampir berputus asa aku ternampak signboard Stesen Monorel Tun Sambanthan. "Tun Sambanthan?" aku terkejut. Sudah jauh rupanya aku berjalan ini. Namun, aku tetap bersyukur kerana dapat menemuinya.

Di atas monorel, bermacam ragam manusia aku jumpa. Namun, yang paling aku sakit hati tatkala melihat sepasang kekasih remaja Islam berpeluk mesra. Hendak ditumbuk, jauh. Dekat, takut. Maka sampailah aku di Stesen Monorel Imbi, betul2 dihadapan Time Square. "Akhirnya, sampai pon," aku bermonolog.

Dengan pantas ak turun monorel dan bergerak menuju ke Low Yat Plaza. Aku terus tersenyum sendirian. Aku pun mendekati salah satu kedai telfon bimbit di situ. "Bro, enset Sony bwh 300 ade x?" tanya aku."Owh, xde la bang. enset sony sume atas 350," katanya. Aku terus pergi meninggalkannya sendirian di dalam booth nya itu. Aku mulai resah. "Aduh, klo sony sume atas 300 mati la ak. Xkn nk bli nokia lak," aku bermonolog. "Try kedai len dlu ah,". "Bro, enset sony bwh 300 ade x?" aku bertanya pada abang pekedai di kedai lain. "Ade," katanya sambil mengambil keluar telefon bimbit berjenama Sony Ericsson yang paling cikai. "Suma ada. Bluetooth, mp3, kamera,"katanya cuba mempromot. "Ade memory card x?" aku menyoal soalan paling penting. "Owh, yang nie xde. Kejap eh, yang nie ader. Tapi kene tambah cket la. RM320"
dia berkata-kata sambil mengambil keluar telefon bimbit model W205.
"RM300 xleh dapat ker?" aku bertanya sambil mengharap. "Xleh la bang nie enset ori.Paling rndah pon saya bleh bagi RM310 jer,". Aku mengucapkan terima kasih lalu pergi meninggalkannya. Aku terus menuju ke kedai telefon bimbit yang lain.

"Kak, sony bwh 300 ade x?" ak bertanya soalan yang sama lagi. "Ade2,". Slide, ada mp3, ada kamera, ada bluetooth. Aku bertanya soalan paling penting, "ade memory card x?". Jawapannya
"xde la. Yang nie ade la, tapi kene tmbh cket la, RM350,". "Aduh, klo cmnie nie mmg x bli enset dh aku nie,". "RM300 xleh dapat ke kak?", "Nie ori la dek, RM320 bole la kot,". Kali ini, aku tekad tidak akan melepaskan telefon bimbit itu lagi. Setelah ak tawar-menawar akhirnya, "Okla, klo you bayar cash skang gak, I bagi RM300 jer,"."YES dapat pon!" jerit hati ku kegirangan. Maka S312 akhirnya menjadi milik aku.

S312
Mp3
Kamera 2 MP
Phone memory 15 MB
Memory card up to 4 GB
Bluetooth
(Free memory card 1 GB taim bli)


p/s: akhirnya dapat gak ak bli enset sndri. tpi xleh nk bli mhl2 coz ak bknnyer org kaye cam dak2 len....cukuplah ngan modal RM300 tuh....tggu ak dh kaya nnti....ak bli enset paling mahal......hehehehe.....Apsal the 5th horcrux?...heheheehehe
...tekela

1 comments:

khaulah said...

enset kau mahal apa~

Post a Comment

| Top ↑ |