Alhamdulillah....kita masih diberikan nyawa oleh Allah untuk menempuh satu lagi hari yang dianggap penting kepada seluruh umat Islam, Malidur Rasul.
Namun, dalam pada umat Islam bergembira menyambut hari ini dengan mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah-tazkirah untuk mengingati serta menghargai jasa-jasa Rasullah SAW, terdengar suara-suara sumbang yang mengharamkan umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Ringan mulut mereka berbicara sedemikian hanya dengan satu sebab, bidaah. Bukan sahaja Sambutan Maulidur Rasul yang menjadi isu, malah mereka turut membangkit isu doa qunut, tahlil selepas solat beramai-ramai, membaca talqin di kubur dan banyak lagi.
Kata mereka "bnde2 ni nabi xbuat..so nape kite kne buat..x ckup lengkap lg ke ajaran nabi kite tu smpai kite kne tmbah sndri..."
Benar kata mereka, Sambutan Maulidur Rasul itu bidaah. Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyambut hari lahir baginda. Namun sedikit persoalan yang ingin ditimbulkan kepada sesiapa yang beranggapan setiap bidaah itu sesat.
1. adakah amalan ini bercanggah dgn syariaat?
2. adakah amalan ini mendatangkan dosa?
Sedikit ilmu untuk dikongsi...
Dipetik Dari Tulisan Abu Fatiah Al-Adnani
(Buku DAJJAL SUDAH MUNCUL DARI KHURASAN)
Semua Perkembangan Itu Dianggap Tambahan(BIDAAH)
Padahal Tambahan Yang Sebenarnya Itu Adalah Sesuatu Yang Bukan Berasal Dari Pohon Itu,Seperti Benalu.Benalu Adalah Sejenis Pohon Yang Tumbuh Pada Pohon Lain Dan Menghisap Makanan Dari Pohon Tersebut,Walaupun Nampak Hijau Seolah2 Menambah Kerimbunan Pohon Dimana Ia Menempel.Banyak Orang Yang Tidak Dapat Lagi Membezakan
Mana Daun Benalu Dan Mana Daun Pohon.
Keduanya Telah Menjadi Samar Disebabkan Kekurangan Ilmu Sehingga Tidak Mendapat Petunjuk.Mereka Sungguh Tidak Mahu Percaya Dengan UMAR BIN KHATTAB,Yang Menerangkan Bahawa BIDAAH Itu Ada Dua.
Ada Yang Sesuai Dan Ada Yang Bertentangan.....Mereka Menolak UMAR Untuk Memberikan Penerangan Yang Sah Tentang Agama Ini Sesudah Wafat NABI MUHAMMAD,Mereka Kononnya Lebih Percaya Kepada Nabi Daripada UMAR..Mereka Memisahkan NABI MUHAMMAD Dengan UMAR
LEBIH BAIK NABI DARI UMAR(MEMANG BENAR NABI MUHAMMAD ITU SEBENAR-BENARnya)
Padahal NABI MUHAMMAD,ABU BAKAR,UMAR Itu Adalah Satu,Jika Dibatalkan Salah Satunya Bermakna Membatalkan Keselurahannya...Sama Sahaja 25 Rasul itu Sebenarnya Adalah Satu..Membatalkan Salah Satunya Bererti Membatalkan Keseluruhannya....
Agama Yang Ditturunkan ALLAH DARI LANGIT Itu Hanyalah Satu,Yang Berbeza Dengannya Bukan Datang Dari Langit,Tetapi Perbuatan Manusia Di Bumi
Inilah Yang Dimaksudkan Oleh Imam ASY-SYAFIE Sebagai Bidaah yang Sesuai Dengan Syariat Islam...Beliau Memberikan Penerangan Terhadap Ucapan UMAR Dalam (Peristiwa Pelaksanaan Solat Terawih 20 Rakat Pada Zaman Umar Menjadi Khalifah "Sebaik2 BIDAAH itu Adalah Ini (TARAWIH 20 RAKAAT)
Demi ALLAH Apa Yang Dibuat UMAR BIN KHATTAB Bekenaan Pelaksanaan Solat Terawih 20 Rakaat Berjemaah Di Masjid Itu Bukan Tambahan Tetapi Adalah Pengembangan Dari Bibit Yang Sudah Ada......
YA ALLAH...Hebatnya Akhir Zaman: UMAR BIN KHATTAB Dan Imam Syafie Pun Didustakan Orang.Mendustakan Keputusan Imam Shafie Yang bersesuaian Dengan Keputusan Umar,Bermakna Mendustakan UMAR.
Demikian Juga Mendustakan Keputusan UMAR yang bersesuaian Dengan KEPUTUSAN NABI.....Mendustakan NABI MUHAMAD (Yang Mana Beliau Adalah Penghulu Sekalian Para Rasul.Bermakna Mendustakan Semua RASUL ALLAH.....Juga Bermakna Mendustakan MALAIKAT Dan AKHIRNYA MENDUSTAKAN ALLAH...........
Yang Baik Itu Dari ALLAH...
Yang Salah Dan Silap Adalah Dari Saya
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
| Top ↑ |
0 comments:
Post a Comment