okie...skang nk cter lam bhse melayu lak...english pon broken...
kter tahu...kewajipan berjihad...kite tahu kewajipan berdakwah...tp terkadang kter loope akn kewajipan ntuk berjemaah...stu isu yg menarik ntuk dkupas.....
surah As Saff ayat 4 ade menerangkan betapa Allah ske org yg berjihad dlm keadaan bersaff-saff sprti sbuah binaan yg kukuh...jelas lagi bersuluh Allah mhukn umat Islam ntuk berada dlm stu jemaah dlm usaha menyebarkan agama Allah....iaitu Islam....
fokus yg ingin dibawe bkn lah ini tetapi tntg prosedur2 pemilihan jemaah yg sbenar-benarnye...terdapat bnyak jemaah....tp adkah smuenye bnar2 membwe kter lbeh dkt pd Allah atau lbih jauh???
benar...isu ini mgkn kurg dketengahkn...atau mgkn rmai yg lebih ske ntuk merahsiekn drpd ank2 mude skang...dmi kepentingan memasing...perhatikn cri2 jemaah Islam yg btul dn buatlah keputusan yg terbaik...klo rse pnjg sgt bce point pntg jer...
1. Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam
Kita telah diperintahkan oleh Allah dan kita juga telah meyakini bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan menyeluruh seperti mana yang telah di sebut dalam ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah swt: Maksudnya: "Hari ini telah aku sempurnakan bugi kamu agama kumu,telah aku cukupkan keatasmu, nikmatku dan aku redhakan Islam itu sebagai cara hidip kamu yang sebenar". (Surah al-Maidah ayat:3) Di atas dasar keyakinan ini maka wajib bagi kita untuk meletakkan Islam di hadapan dalam semua ruang lingkup kehidupan kita.
2. Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur'an dan As Sunnah
Hadith Nabi saw yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. selagi mana kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama lamanya. iaitu Kitab Allah dan sunnahku "(Bukhari)
3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an
4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.
Ia bukan kerana dengki, khianat, atau hasutan dan pihak lain. Tetapi Islam yang nak dibawa adalah Islam yang timbul atas kesedaran terhadap kewajipan mereka untuk menyampaikan dakwah dan kewajipan untuk menegakkan Daulah Islamiah.
5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.
Keadaan ini mengambarkan tasawwur Islam yang sebenar yang mana perlaksanaan dua perkara dalam keadaan serentak bahawa Islam itu adalah al-Din yang bencikan kepada kekufuran dan sangat memerlukan perkara yang ma’ruf sebagai landasan utama. Islam tidak boleh tertegak bersama terbinanya jahiliah di atas muka bumi.
6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan". Sebagai individu yang mengaku dirinya sebagai muslim tidak boleh mengambil dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan penting untuk diri sendiri dan tidak bercanggah dengan kehendak diri. Islam dengan agama lain adalah seperti minyak dengan air yang tidak akan bercampur walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan. Islam adalah Islam, yang ada manhaj hidupnya sendiri dan manhaj itu tidak pernah ditiru dari mana-mana manhaj golongan kuffar yang ada di atas muka bumi ini.
7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.
Ia mengutamakan keredhaan Allah tanpa mencicirkan dunia dalam kehidupan Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Manusia boleh mencari apa sahaja yang mereka mahu di dunia ini, tetapi mereka tidak boleh melupakan akhirat, sepertimana pepatah Arab yang mengatakan:Maksudnya: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk hidup semata-mata kerana dunia atau akhirat. Islam bukannya agama yang menyuruh umatnya menjadikan maddiyyah sebagai wawasan untuk berjaya. Itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan umat manusia melonggokkan harta kemudian lalai dengan perintah Allah, tetapi harta itu disedekahkan atau dihadiahkan kepada golongan yang lemah. Itulah sebabnya di dalam Islam ada zakat. Islam mendidik hati dan syakhsiah umatnya untuk taat kepada perintah Allah. Selepas itu manusia akan dapat apa yang dihajatinya di dunia dan di akhirat.
8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-
Qur’an dan al-Hadith, ijma' dan qiyas sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: (Ulama’ yang benar-benar menghayati Islam itu adalah pewaris kepada nabi-nabi)
9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah. , dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur'an sebagai perlembagaan.
Jemaah yang terawal dalam satu-satu kelompok manusia, itulah jemaah Islam yang wajib diikuti. Selagi mana syarat penubuhannya memenuhi kriteria yang telah disebutkan sebelum ini. Sekiranya ada sesuatu yang dirasakan tidak betul pada jemaah tersebut, maka betulkanlah dengan cara , (muzakarah/munaqasyah) atau berdebat (mujadalah) dengan cara yang baik di antara ahli jemaah. Bukannya dengan cara memprotes dari luar.
10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.
Jemaah ini boleh disertai oleh semua manusia, dan syarat utama untuk menggabungkan diri dengan jemaah ini adalah Islam, dan ahlinya mestilah taat sepenuhnya kepada pemimpin tanpa membantah, selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah.Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: "Tidak ada ketaatan yang boleh diberikan kepada makhluk lerhadap perkara maksiat yang dilakukan di sisi Allah". Jemaah itu pula mestilah membela hak-hak Islam serta umatnya. Tidak ada ‘double standard’ dalam membela hak umat Islam sama ada terhadap golongan miskin atau kaya.
11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.
Aktiviti utama yang ditekankan dalam jemaah tersebut adalah aktiviti yang lebih mementingkan aqidah umat islam. Mereka membela aqidah umat dan cuba mengelakkan umat dari terkeluar Islam. Mereka sanggup mempertahankan aqidah dengan berani dan berterus terang serta menolak segala bentuk amalan syirik. Mereka juga tidak mengambil sebarang dasar atau sistem dalam hidup mereka dengan sesuatu yang boleh menyebabkan syirik
12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.
Ini kerana perjuangan umat Islam yang ada sekarang adalah lebih kepada mengikut waqi’ perjuangan Rasulullah di Madinah. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk meletakkan semua umat Islam di bawah satu pemerintahan Islam, yang mengamalkan dasar-dasar dan sistem Islam di dalam pemerintahan secara kaffah (sepenuhnya). Ianya ditadbir oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dan faqih serta boleh menjadi qudwah untuk semua dalam mencari kebaikan.Mereka dengan berani dan tidak bersembunyi memperjelaskan kepada semua manusia bahawa cita-cita mereka adalah untuk mengembalikan Khilafah Islamiah dan melaksanakan perundangan mengikut ketetapan Allah. Untuk itu, mereka perlukan suatu kuasa untuk melindungi hukum-hukum Allah. Jika tidak ada kekuasaan bererti kebenaran tidak dapat dinyatakan dengan sebenarnya.13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.Jemaah ini akur dengan segala ketetapan qada’ dan qadar Allah. Mereka redha terhadap apa yang patut di terima tanpa mengingkari perintah Allah. Yang penting mereka dapat menjalinkan hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara tuan dengan hambanya tanpa ada sebarang sekatan atau hijab.Jemaah Islam juga akan sentiasa bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman(seperti yang berlaku terhadap Ikhwan Muslimin, Hamas dan mana-mana saja). Rasulullah SAW juga menyatakan di akhir zaman nanti, Islam sentiasa akan bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman dan Rasulullah saw memerintahkan kita supaya tetap berpegang teguh dengan islam. Jemaah sebenar akan mendapat tentangan dari semua pihak. Tetapi tentangan itu adalah ujian dari Allah.
dh bce??? skang watlah plhn yg tbaek agr kter tdak sst dri jln dakwah yg sbena...
dpetik dripada http://disertasi.blogspot.com/2007/12/ciri-ciri-jemaah-islam.html
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
| Top ↑ |
0 comments:
Post a Comment